Powered By Blogger

Sunday, July 18, 2010

PerJaLaNaN....


Aku tidak memiliki apa-apa selain yang KAU beri,



Apabila KAU sembunyi, aku selalu menjadi fakir,



Apabila KAU mewujud, aku sangat senang dan setia,



Hanya KAU yang ku pilih, diantara segala isi dunia,



KAU jualah penyebab gembira atau sedih di hati,



Dalam diri ini ada duri dan ada mawar,



Kucium bau mawar lalu kucabut semua duri.



ya Allah, permudahkanlah urusan duniaku demi akhiratku untuk sebuah kemenangan meraih reda-MU…


p/s: exam just around the corner, doakan kami di bahagian interna (penyakit dalam) sekarang.

Sunday, June 13, 2010

Indahnya Islam, Indahnya Iman

Sungguh begitu indah,

Islam yang begitu sempurna.

Islam yang telah menyatukan hati kita dalam ukhuwah yang sangat kuat.
Telah membentuk jalinan yang tak akan pernah putus sampai kapan

pun.
Dalam ikatan yang akan terus tersimpul erat.

Mengumpulkan hati kita dalam panggilan yang selalu berulang dan berulang.


Gema lantunan itu pula yang telah mengenalkan aku padamu.
Suara merdu itu yang telah memikat gendang telingaku untuk kembali ingat padamu.

Alunan yang menyejukkan sanubariku dan menyegarkan hatiku.

Alhamdulillah,
Indahnya Islam, indahnya iman.

Thursday, June 10, 2010

KETENANGAN.......

Baru semalam aku tersedarHakikat kerasnya ‘hatiku'
Umpama ketulan batu
Kebal tanpa berubah
Kaku tanpa berganjak
Walau sering ‘dia' diketuk
Namun aku tetap menuli
Datang kepadanya
Pergi daripadanya
Namun aku tetap begitu
Masihku biarkan kaku
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan pasir?
Agar aku lembut menerimanya...
Baru semalam aku tersedar
Hakikat lemahnya ‘dakwahku'
Umpama desiran ombak
Lemah tidak berkudrat
Longlai memukul pantai
Walau ombak sering bertandang
Namun pasir tetap utuh
Datangnya ‘aku'
Perginya ‘aku'
Namun kau tetap di situ
Masih enggan mengikutiku
Apakah perlunya ‘aku'
Datang bagaikan badai?





...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'


jauhkanlah aku daripada terleka dengan sandiwara dunia ini... amin ya rabbul alamin..... Wassalam..

Tuesday, June 8, 2010

~MENTARI HIDUP~

Assalamualaikum,

Di kala senja itu,
Termenungku bersendirian,
Terasa hati ini,Jauh dari Rahmat Tuhan,
Dosa-dosa yang aku lakukan,
Menusuk di ruang kotak fikiran,
Masih ada pengampunan buatku?

Dalam ketenangan sepertiga malam,
Saat itulah Allah menyuntik,Seribu satu rasa pada hati manusia,
Saat rasa itu mula menerjah ke hati,Maka terciptalah titis-titis keinsafan,Pada manusia yang sedang mencari reda-Nya.

Ya Allah,
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri,
Untuk memohon keampunan,
Mencari segenggam rahmat,
Untuk memanduku menuju iman,
Wahai Yang Maha Pengasih,
Engkau bantulah aku dengan serpihan kasih sayang-Mu,
Bantulah aku menjahit kembali,Sejadah iman yang kian terkoyak,
Engkau bebatlah luka hatiku,
Dengan sinar cahaya Iman.

Friday, May 28, 2010

Pesanan Buat Si Dia..

Sometimes, when the world's not on your side,You don't know where to run to,You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky,At the mountains so high.Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,to replace what is gone.Just remember, rememberThat you are never alone.

You are never alone (you are never alone),Just reach into your heart,And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone)Through sorrow and through griefThrough happiness and peaceYou are never alone.
So now as you long for your past,Prepare for your future,But knowing nothings going to last.
You see this life is but a road,A straight and narrow path,To our final abode.
So travel well O Muslim,And Paradise will be your home,And always remember.That you are never alone.

You are never alone (you are never alone),Just reach into your heart,And Allah is always there.

You are never alone (Allah is there),Through sorrow and through grief,Through happiness and peace,You are never alone.

You are never alone (you are never never alone),Just reach into your heart,And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone),Through sorrow and through grief,Through happiness and peace,You are never alone.


pesanan buat si dia

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia....aku ada pesanan buatnya......cinta agung adalah cintaNya......cinta manusia bakal membuatnya alpa..Tolong nasihati sia dia,....jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa......jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. ....jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, ....dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. ....dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. ....Aku terpikat kerana imannya bukan rupa......Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. ....aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia,....bila dia mula mengagungkan cinta manusia......bila dia tenggelam dalam angan-angannya......andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. ....Aku milik Yang Maha Esa.. ....Aku masih milik keluarga.. ....tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, ....usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. ....andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta......bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. ....Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. ....Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya......aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. ....Aku tidak mahu melekakan dia.. ....Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya......jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.....Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. ....cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. ....hbngn ini t'jg selagi dia mjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa.. ....kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...













Wednesday, May 12, 2010

BIDUK PATAH KEMUDI










Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai.Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan ia pulau sepi.








Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku di situ,bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah di celah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang bayang tidak berisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik.Aku jadi bisu..






Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu, aku merasakan kaki dan tangan kaka, saraf saraf di tubuhku hilang rasa, arteri arteri yang meluru ke jantungku terputus.
Lalu aku membuka kembali simpulan janji. aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan . Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri disisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang sentisa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemui kekuatan....



Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu aku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubiuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi. Titik.