Wednesday, May 12, 2010

BIDUK PATAH KEMUDI










Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai.Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan ia pulau sepi.








Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku di situ,bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah di celah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang bayang tidak berisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik.Aku jadi bisu..






Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu, aku merasakan kaki dan tangan kaka, saraf saraf di tubuhku hilang rasa, arteri arteri yang meluru ke jantungku terputus.
Lalu aku membuka kembali simpulan janji. aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan . Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri disisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang sentisa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemui kekuatan....



Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu aku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubiuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi. Titik.












No comments:

Post a Comment